Posts

Showing posts from December, 2017

Miskin dan Kaya

Image
Ini hanyalah pendapat dan pandangan aku lepas menonton #MyCoffeePrince episod harini dan semalam...miskin dan kaya ni salah satu sensitiviti masyarakat...tapi apa yang aku nak cakap kat sini,tak semestinya kau orang kaya,berpangkat kau boleh sesuka hati kau kutuk,hina atau marah sesuka hati kau ja...ingat xde perasaan ke!(berdasarkan scene dani dan raikal)pangkat tak mencerminkan apa² tetapi disebabkan pangkat,perangai seseorang itu terserlah dengan terangnya...tidak semestinya semua yang miskin yang akan meminta simpati dan bukan semua yang kaya yang akan mengutuk,itu terletak pada diri masing²dan tidak semestinya yang MISKIN dan KAYA tidak boleh berkawan baik seperti dani dan raikal

Dekatkan jarak kita

Image
Ok,aku bukan nak bagi pendapat ke apa pasal drama ni,tapi aku tertarik dengan tajuk drama ni DEKATKAN JARAK KITA....kita boleh cerita pasal family tapi apa yang aku nak cerita kat sini adalah kawan....kawan yang tak pernah kita jumpa,kita duduk semeja tapi hanyalah perkenalan melalui media sosial...perkenalan yang tidak sampai setahun mengeratkan kami semua seolah-olah sudah bertahun lamanya...satu group whatsapp yang berbeza umur,jantina dan tempat kelahiran telah menyatukan kami seperti sebuah keluarga melalui satu tujuan,iaitu ingin mengeratkan silaturahimpelbagai pandangan,pendapat serta gurauan....tidak semestinya berbeza umur tidak boleh berkongsi pendapat dan pandangan,kerana umur hanyalah nombor tetapi yang dilihat adalah kematangan...kematangan yang menDEKATKAN JARAK KITA semua...in sha allah our FRIENDSHIP TILL JANNAH....

Kecewa

KECEWA...setiap orang akan rasa perasaan tu😳...tak kisahla kecewa dengan pakwe/makwe/bestfriend/suami/isteri/parents/adik beradik and so on...kecewa dengan parents sangat² jarang😊sebab nanti kira derhaka pulak kan😂...kecewa ni satu perasaan yang subjektif,yang kita tak boleh nak jangka perasaan ni...bila kecewa, JANGAN MENANGIS,sebaliknya kita terus kuat,teruskan hidup sebab kecewa akan menyebabkan luka kat dalam hati tu,bila kita biarkan,lama² dia akan jadi parah,berdarah,susah nak ubat,bila dah PARAH,ia akan jadi parut dan parut tu akan selamanya kekal dalam hati...jangan BIAR,tapi kita ubati dia dengan mengadu pada-Nya😉in sha allah terubat...

Idola(kak ezad)

Image
IDOLA...seseorang yang boleh menjadi inspirasi kepada orang lain...setiap orang mesti ada idola masing² begitu juga dengan aku...harini aku akan cerita pasal bukan seorang,tapi dua orang idola yang menjadi inspirasi dalam hidup aku...pertama,aku akan bercerita mengenai SITI ELIZAD BINTI MOHD SHARIFUDDIN,berumur 32 tahun,mungkin ramai yang tidak mengenali dia,tetapi dia merupakan seorang pelakon,pengacara,model dan juga penyanyi....kenapa aku adore dengan dia? Sampai kawan² aku pun pelik kenapa aku girl crush sangat dengan dia...ok,ni salah satu sebab kenapa aku adore sangat dengan dia sebab dia seorang yang cool,peramah,baik dan sempoipaling aku adore dengan kak ezad ni sebab dia sanggup tinggalkan kerjaya lakonan dia selama 5 tahun kerana menjaga arwah ibunya yang sakitmungkin orang lain tak sanggup tinggalkan kerjaya yang dia suka hanya kerana mahu menjaga ibunya yang sakit tapi kak ezad sanggup! Itu yang buat aku kagum sangat dengan dia...dulu,aku pun tak kenal sangat...

Rindu

Image
RINDU...satu perasaan halus yang sentiasa menjalar dalam diri kita...harini aku ingin luahkan rasa rindu aku terhadap seseorang...rindu aku terhadap dia tak pernah malap sehingga hari ini...rindu dengan telatahnya,gelak tawanya,guruannya....seseorang yang aku sudah anggap seperti kakak aku sendiri...perkenalan singkat selama hampir 4 tahun yang mencoret pelbagai kenangan pahit dan manis...perkenalan yang terhenti di waktu hari jadinya...tarikh yang tidak pernah akan aku lupa...auranya seperti janna nick dan elizad sharifuddin kerana apabila senyum,boleh menarik satu dunia untuk senyum bersama...biarlah aku MENAHAN RINDU ini seorang diri tanpa dia mengetahui...dia banyak mengajar aku erti kematangan dalam hidup...aku bangga dapat mengenali dia...aku berharap dia membaca luahan ini suatu hari nanti agar dia faham bahawa luahan ini hanya untukknya...inilah LINANGAN TERAKHIRku buatnya😊...

Cinta

CINTA...ia datang tanpa diundang dan ia kemungkinan datang dalam dua pengakhiran,sama ada menyakitkan atau membahagiakan...jika berada dalam pengakhiran yang menyakitkan,kita ambil sebagai pengalaman hidup yang mendewasakan kita,manakala jika berada dalam pengakhiran yang membahagiakan,kita simpan sebagai kenangan terindah dalam hidup kita...TAPI AWAS!JANGAN KITA MENJADI BODOH HANYA KERANA CINTA KERANA CINTA YANG PERLU DIKEJAR TERLEBIH DAHULU ADALAH CINTA ILAHI DAN IN SHA ALLAH CINTA MANUSIA AKAN HADIR😊

Perempuan

PEREMPUAN ni complicated sangat...kadang² marah,kadang² happy dan perempuan ni ada dua jenis,perempuan lembut dan perempuan kasar....tak semestinya perempuan lembut hati dia lembut...yg lembut nila yg hati batu sebenarnya,ketukla dengan hammer thor sekali pun dia takkan mampu pecahkan hati tu utuk kita lembutkan...perempuan kasar pulak x semestinya hati dia pun kasar....yg kasar nila hati dia macam tisu,kena jentik sikit,marah,tengking sikit dah mengeluarkan air mata jernih di tubir mata tapi selalunya yg kasar nila boleh bertukar menjadi lembut disebabkan seseorang.... Ya seseorang yg digelar lelaki😊dan PEREMPUAN boleh berubah hanya kerana seorang lelaki😊

Lagu

Lagu umpama isi hati kita,perasaan kita,luahan kita....lagu menggambarkan perasaan seseorang itu sama ada sedih atau gembira...jika dia merupakan penulis lirik,lirik itu akan menunjukkan perasaan seseorang itu dan pada siapa ditujukan...LAGU MENCERMINKAN SESEORANG😊